Wednesday, 13 March 2013

Kebahagiaan dalam pencarian...

Assalamualaikum...

Hari ni ana nak kongsi satu cerpen..pendek je..cerpen ni ala2 tazkirah je...khusus buat remaja2 di luar sana..ok?Sekiranya cerpen ini tidak mampu menarik minat anda semua..maafkan ana ye...=)Hope you enjoy it..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"
"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu," jawab saya.
"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku.."
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya... insyaAllah! <3


                                     



Sunday, 27 January 2013

AHLAN WASAHLAN EVERYONE!!

Assalamualaikum,
How are you to all my readers..Seperti yang antum semua sedia  maklum,sudah lama ana tak berkongsi post..nak tau kenapa??because i'm busy studying for PMR that just around the corner..Tapi alhamdulillah,berkat usaha ana dan doa2 semua kwn2,guru2,ibubapa dan keluarga terdekat,ana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR..Cube teka berapa??Alhamdulillah 9A...Mabruk!!

               Ok..bincang2 tentang tahun lepas..apa kata kita bincang pula about 2013..My story mory begin like this..
               
               Ana masuk sekolah(SAM Parit Baru) pada 1/1/2013(selasa)...a little ealier because i'm stay at hostel..Before that,ana ada mohon tawaran ke SBP secara online dan SABK melalui sekolah..Sepanjang persekolahan,kawan2 dan guru selalu bertanya kepada ana..
               
              "Eh..ingatkan dah pindah..ada dapat tawaran mane2 ke?
atau

              "Bila nak pindah?
atau
             
              "Stay sini ke?tak rasa rugi ke?kata nak ambik sains?

              Dan banyak lagi la yang mereka katakan..Until one day,ummi ana ada bagi tahu yang keputusan SBP akan keluar pada 16/1/2013(rabu)..Keesokan harinya ana cepat2 jumpa cikgu dan cek keputusan apa yang bakal keluar..Alhamdulillah...=D..ana berjaya mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah,Klang..actually,it's really unbelieveble..Ya Allah..betulkah aku mendapat tawaran ini..Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi..hanya Allah sahaja yang tahu keadaan ana waktu itu..Tapi apa yang ana sedih..=(..ada seorang daripada kawan ana yang turut mendapat 9A dalam PMR,tidak berjaya mendapatkan tawaran ke mana2 SBP lain..kasihan sungguh ana melihatnya..tapi apakan daya 'nasi sudah menjadi bubur'..dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..betul tak??ana juga sentiasa doakan dia supaya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah..Insya-Allah..

                                       


                That's all from me..hope you'll enjoy reading this post..don't forget to leave some comment..and also SALAM MAULIDUR RASUL...